Pendapat
bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat negara ini boleh
menentukan jatuh bangun negara di masa akan datang, bukanlah sesuatu yang
keterlaluan. Ini kerana
bahasa Inggeris menjadi lingua franca dalam aktiviti ekonomi global, yang akan
menentukan kelangsungan negara ini di pentas dunia.
Dilaksanakan
pada 2003, pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bertujuan
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris palajar dengan hujah kebanyakan terma
dan istilah dalam dua disiplin ilmu itu adalah dalam bahasa Inggeris. PPSMI
diharap membolehkan penguasaan ilmu itu menjadi lebih mudah.
Namun, selepas enam tahun pelaksanaannya,
kerajaan membuat keputusan memansuhkan PPSMI selepas kajian menunjukkan PPSMI
mengalami kegagalan dalam pelaksanaannya serta telah melebarkan jurang
pencapaian di antara pelajar bandar dan luar bandar. Secara tidak langsung,
PPSMI juga dikatakan menghakis kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan yang menjadi bahasa pengantar persekolahan sejak awal 1970-an.
Kabinet telah memutuskan untuk memansuhkan
PPSMI pada 2012 setelah mendapati dasar itu gagal mencapai matlamatnya untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan pada masa sama
menjejaskan pencapaian pelajar, khususnya di luar bandar dalam kedua-dua subjek
itu.
Dalam pada itu, ramai yang berpendapat bahawa
bahasa Inggeris perlu dikuasai rakyat untuk membolehkan negara ini terus maju
dan keputusan kerajaan memansuhkan dasar PPSMI membimbangkan beberapa pihak dan
dianggap satu langkah ke belakang.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom, berkata kebimbangan ibu bapa berlaku kerana mereka keliru
dengan pemansuhan PPSMI yang hanya menekankan kepada dua subjek, tetapi dasar
itu sebenarnya akan diganti dengan dasar yang lebih baik.
"Matlamat asal penguasaan BI dikekalkan, malah ia ditambah baik dengan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan," katanya di sini.
"Matlamat asal penguasaan BI dikekalkan, malah ia ditambah baik dengan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan," katanya di sini.
PPSMI sebenarnya diganti dengan dasar
"Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris" atau
MBMMBI yang disifatkan sebagai strategi pendidikan serampang dua mata.
Kenyataan
akhbar ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai
pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Berdasarkan keputusan
Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah diputuskan bahawa dasar PPSMI akan
dimansuhkan secara berperingkat-peringkat mulai
2012 bagi Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Memartabatkan
Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya,
sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub
dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa
pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris pula membawa
maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib
dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan
antarabangsa.
Melalui dasar baru ini, penekanan
terus diberikan kepada subjek bahasa Inggeris dan bukannya melalui subjek Sains
dan Matematik, bagi meningkatkan penguasaan bahasa itu di kalangan pelajar.
Kesimpulan:
Kesimpulan:
Sebagai
sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia mempunyai satu
bahasa kebangsaan kerana bahasa kebangsaan memberi gambaran akan status sesuatu
bangsa. Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan
bahasa sendiri dan bangsanya mempunyai identiti kebahasaan sendiri. Oleh itu,
untuk memupuk sifat sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan
seperti "Cintai Bahasa Kita", "Bahasa Jiwa Bangsa" dan
sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan mendekatkan diri
dengan bahasa kebangsaan. Justeru, bahasa Melayu dengan segala sifatnya dapat
menjadi pembakar semangat kebangsaan di negara ini dan menjadi satu tunggak
pembinaan negara merdeka serta identiti rakyat. Pemansuhan dasar PPSMI serta
pelaksanaan dasar MBMMBI seharusnya memberi kita kesedaran tentang kepentingan
bahasa Melayu yang melambangkan negara dan identiti kita dan pada masa yang
sama bahasa Inggeris juga harus diperakui kepentingannya dalam memastikan
generasi kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
negara-negara maju dunia.
Usaha
untuk menjayakan dasar MBMMBI bukanlah mudah. Negara sememangnya tidak mahu
warisan bahasa ditinggalkan seta dilupakan. Bahasa Melayu ialah bahasa
kebangsaan yang perlu diperkasakan. Dalam pada masa yang sama, penggunaan
bahasa Inggeris juga masih dititikberatkan dan tidak ditinggalkan begitu
sahaja. Oleh yang demikian, semua pihak harus bekerjasama bagi menjayakan dasar
ini selaras dengan menyeimbangkan kepentingan kedua-dua bahasa ini.
Alang-alang
menyeluk perkasam,
Biar sampai ke pangkal lengan;
Alang-alang bahasa
dijulang,
Biar kekal sepanjang zaman.
Melihat
ke hadapan, dasar “Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris” yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah
satu dasar baru yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan
berterusan dasar pendidikan di negara kita. Kementerian Pelajaran pada ketika
ini sedang melakukan persiapan untuk melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin
tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar yang akan terlibat dalam proses
transisi pada tahun 2012 nanti. Satu pendekatan soft-landing akan diambil untuk
memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas.
Pihak Kementerian juga telah
membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk melaksanakan dasar
baru ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek latihan
guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan.
InsyaAllah, berkat kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga
pendidik dalam menjayakan dasar baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat
menambahbaik kualiti pendidikan di negara kita secara berterusan demi
kepentingan masa depan negara.
Dengan
usaha sama semua pihak serta pelaksanaan yang telus dan lancar, diharap suatu
hari nanti bahasa Melayu sekali lagi dapat menjadi lingua franca bukan sahaja
di rantau ini malah di seantero dunia. Dasar MBMMBI diharap mampu mengekal seta
memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebanggaan kita semua serta bahasa
Inggeris sebagai kelebihan yang dipunyai oleh rakyat Malaysia.
Baccarat (online) » Best casino to play online, poker, blackjack
ReplyDeletePlay 카지노 Baccarat online. Baccarat is one of the best variations of the card game by 메리트카지노총판 the renowned Poker Room. The rules of Baccarat are 바카라 사이트 very simple.